Pada 24-25 Julai 2009 yang lalu, Mofaz Group of Company yang diwakili oleh Bahagian Sumber Manusia telah menyertai Pameran Kerjaya yang dianjurkan oleh Pelajar Universiti Putra Malaysia Fakulti Perakaunan selama 2 hari.
Objektif utama Kumpulan Sumber manusia menyertai pameran ini adalah untuk mencari calon yang berminat menyertai Kumpulan Mofaz dan juga bagi pelajar yang ingin menjadikan Mofaz sebagai tempat latihan industri mereka.
Pada hari kedua pula, satu seminar mengenai bagaimana cara calon menghadapi temuduga turut diadakan. Pengurus Sumber Manusia, Saudara Donald Lim turut mengambil bahagian dalam sesi tersebut.
Keseluruhannya, objektif utama Bahagian Sumber Manusia boleh dikatakan berjaya kerana sepanjang pameran tersebut, jumlah resume dan pelajar yang berminat untuk menyertai Mofaz sungguh menggalakkan.