Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Mofaz Dagang telah mengadakan satu jamuan kepada para pekerjanya pada 2hb Oktober yang lepas pada jam 6 hingga 8 malam.
Turut dijemput hadir pada majlis itu ialah President Mofaz sendiri iaitu Tuan Haji Fauzi dan juga haji Johari.
Selain dapat menjamu selera, majlis ini dilihat satu peluang yang sangat baik untuk bertukar tukar pendapat dan bertanya khabar setelah penat bekerja seharian.
Objektif majlis ini dilihat mencapai matlamatnya iaitu untuk menghargai pekerja dan mengeratkan silaturrahim sesama pekerja dan majikan.